Wednesday 11 February 2009

Perihal Kereta

Dalam seminggu ini, beberapa rakan bertanya mengenai hal kereta. Man di Birmigham, Shafie di Cranfield dan seorang dua di Glasgow. Ada yang nak beli Mercedes, manakala Shafie dan Dr. Mariam pula fikir Toyata Previa sebab anak dia pun dah bertambah. Seperti biasa selalunya saya TIDAK akan cadangkan beli kereta itu atau kereta ini. Dan saya juga tidak akan kata ya pada kereta yang mereka nak beli. Apa yang penting, matlamat dan citarasa masing-masing.

Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman sebab wujudnya pelbagai-bagai jenis kereta. Kita mula dari awal. Sebelum kereta di buat. Beberapa perkara perlu di ambil kira. Duit-cukup duit untuk menampung kos projek. Pasaran-ada pengguna yang berminat, tak guna buat cangih tapi tak laku. Kemampuan –kilang, teknologi, tenaga pakar.

Saya nak focus dari segi pasaran. Walau pun ini bukanlah bidang saya tapi sedikit pengalaman.”. Kita akan tumpukan pada membeli kereta untuk keperluan yang pertama atau “first car”. Bukan “second car”.

Semua projek kereta di rancang oleh jabatan yang di panggil “corporate planning. Kakitangannya dari pelbagai bidang kepakaran terutamanya jurutera, pemasaran, akauntan dan jangan terkejut ada juga dari bidang “psychology”. Mereka yang merancang segala-galanya. Dari kereta untuk saja-saja di adakan sebab nak bagi tahu pengguna kami pun boleh buat kereta ni, sehingga kepada kereta untuk “bread and butter” atau “niche area” . Secara amnya bila nak buat kereta depa akan tanya kereta ni nak laku kat sapa, sapa nak beli. Berapa banyak boleh jual dalam sebulan, dan akhirnya boleh balik modal. Yang penting mereka tahu pengguna akan beli atas beberapa niat! Antaranya

Keperluan-untuk keselesaan keluarga dan ulang alik pergi-balik kerja, perlu jimat minyak dan senang di selenggara-mudah alat ganti. Kereta di anggap sebagai keperluan sahaja. Kalau mampu, beli yang selesa sikit. Ikut budget. Ada juga yang mempunyai kemampuan tapi rasa tidak perlu beli kereta mahal apatah kalau perlu berhutang keterlaluan hanya untuk sebuah kereta . Ini kerana kereta bukan lah satu investement yang baik sebab nilai kereta akan jatuh mengikut masa./Depreciation.
Gaya hidup-tak kisah la pasal berhutang ke, makan minyak kuat, maintenance tinggi ka. Janji nampak bergaya sebagai lambang status. Pembuat kereta selalunya akan buat sikit iklan untuk tunjukkan kereta ni bergaya, kelas, maka lagi la minat sakan golongan ni. Apatah lagi kalau jenama kereta tu dah memang top.
Keperluan + Minat-berkemampuan. Duit memang ada. Tak salah pilih yang selesa kan. Mungkin ini market yang paling besar. Ramai orang macam ni.
Yang tak di ketahui niat- ikut trend, ikut kawan, malas nak fikir2. Ikut saja.

Bila sebut pasal niat, teringat pada hadis Rasulullah SAW. :

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya.. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

NOTA: Hadis Pertama dari buku Hadis 40 Imam An-Nawawi.

Begitulah pentingnya niat ni. Dengan niat yang baik kita akan menambahkan simpanan kita di akhirat. Yang penting perlu di ingat - niat nak bantu orang miskin dengan merompak tidak di redhai Allah. Niat setengah2 ibubapa nak menjodohkan anak dia sampai boleh keluar berdua-duaan supaya si lelaki atau wanita tu suka kat anak dia juga tidak halal bahkan haram dan dosanya ditangung sama oleh ibubapa atau penjaga mereka. Dalam erti kata yang lain Niat Tidak Menghalalkan Cara.

Apa pun jangan pula kita dok buruk sangka pada niat kawan kita beli kereta mewah. Mungkin mereka mampu atau mungkin kereta itu tahan lama dari segi "reliability" atau mungkin mereka tidak ada tangungjawab lain selain dari diri mereka sendiri, kalau ada pun pada mak bapa dan adik2 mereka. Manakala setengah dari manusia tangungjawab mereka lebih dari itu dan bukanya tak mampu. Tapi tanggungjawab itu yang memerlukan wang itu di uruskan dengan seoptima yang mungkin.

Berbalik pada niat beli kereta tadi, berdasarkan pada niat di atas, pengguna pengguna kemudian akan di perincikan lagi kepada beberapa kategori. Antaranya ialah orang muda berduit, orang muda cukup je duit, orang tua berhati muda, orang kebanyakan (kereta rakyat –Kera), orang berkemampuan, dan sebagainya. Bab ni kalau nak bincang kena satu topik lain. Apa pun, mana2 syarikat dengan apa2 produk sekali pun perlu berusaha memenuhi matlamat perniagaan iaitu mengambil untung dari niat pengguna. Itulah Niat Mereka!

Tuesday 27 January 2009

MEMBACA

  • Al-Qur’an dari perkataan ‘Qo-ro-a’, -membaca
  • Rasulullah tidak mewariskan harta tetapi ilmu melalui dua iaitu kitab Allah SWT dan Hadis.
  • Jangan tinggal baca Al-Qur’an, perbaiki dari semasa kesemasa.
  • Dari Usman bin Affan ra, katanya: rasulullah saw bersabda:
    Terjemahan: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”(Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari
    dalam shahihnya)
  • Diriwayatkan daripada Aisyah ra, katanya: Rasulullah saw
    bersabda:
    Terjemahan: “Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-
    Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka.
    (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Sedih ramai orang Islam yang tidak mahu belajar, membaca dan memahami Al-Qur'an. Walau pun kadang kelas2 yang di berikan adalah percuma.
  • Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’aru ra, katanya: rasulullah saw bersabda:
    Terjemahan: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang
    baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang
    tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau
    sedang rasanya pahit.”
    (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Perlu memotivasi diri sendiri untuk belajar Al-Quran. Banyak halangan perlu di atasi, dan halangan pertama ialah diri sendiri.
  • Ustaz saya pesan perbaiki bacaan dan baca dengan cantik (tajweed) sebab Allah sukakan yang cantik. Bacaan yang cantik, memikat dan sedap didengar-mendatangkan kesan mendalam dalam hati pembaca, walau pun mungkin tak faham!
  • Pesan beliau lagi, yang utama ialah terus mengamalikan arahan. Baca untuk menerima arahan.
  • Selain itu perlu selalu baca bahan-bahan yang baik, buku terutamanya. Kejar ilmu, jarak kita dengan ilmu terlalu jauh..sangat jauh.Hubungan dengan buku pun jauh. Baca hanya bila ada kepentingan eg exam. Perlu pembacaan yang luas dalam menambah ilmu, tekadkan keikhlasan membaca untuk mendekati Allah SWT..mengenal Allah SWT.
  • AL-Jahidz:”Buku adalah sebaik-baik teman dalam kesendirian”
  • Sayyid Quthb(SQ): “Yang menulis buku ini(Fii Dzilalil Qur an-FZQ) adalah orang yang telah hidup selama 40 tahun. Selama kurun waktu itu, yang ia kerjakan hanya membaca dan membaca. Ia mendalami semua jenis pengetahuan manusia, satu-satu. Kemudian ia kembali membaca kitab suci agamanya, referensi aqidahnya. Ternyata, ia menemukan bahawa apa yang pernah di bacanya selama 40 tahun itu, sungguh kecil. Ya sangat kecil.”
  • Ketika menulis buku FZQ, SQ perlu membaca 10 jam sehari, padahal waktu itu beliau berada dalam di rumah sakit penjara.
  • Sudah sampai masa nya kita bukan sahaja mengagumi FZQ, tetapi juga mengambil contoh di atas perilaku penulisnya SQ…khususnya dalam hal membaca.

Petikan dan Rujukan:

  1. Iman Nawawi-Keutamaan Membaca dan Mengkaji Al-Quran (At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran)
  2. Majalah Inthilaq, 15 April 1994.
  3. Ust. Abdul Basyir -guru Al- Qur'an saya.

Wednesday 10 December 2008

MEMPERINGATI ‘AIDILADHA

Bingkisan dari seorang sahabat yang saya hormati bernama cdin sempena Aidiladha.


MEMPERINGATI ‘AIDILADHA

Alhamdulillah, kita berasa sungguh bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah perkenanNYA jualah kita dapat sama-sama berkumpul di sini dalam satu suasana untuk merayakan satu hari kebesaran Islam dan bersejarah kepada Islam iaitu hari raya ‘aidiladha.

Saya terlebih dahulu mengucapkan taktalallah minna waminkum, memohon kepada Allah swt agar menerima segala amalan kita. Sekali lagi dengan kesempatan yang begini berharga pada hari ini saya mengajak saudara-saudara merenungkan peristiwa ‘aidiladha. I’d ialah sesuatu yang berulang-ulang dan berulang-ulang itu tentunya ada satu peristiwa yang agung. ‘aidiladha ini diingati dan dirayakan setiap tahun oleh umat Islam.

Peristiwa yang agung ini ialah peristiwa kurban Saidina Ibrahim as terhadap anaknya Saidina Ismail as. Kurban ini telah menjadi agung kepada sejarah kemanusiaan, kepada insan sejagat ini kerana tidak ada satu pengorbanan yang begitu agung daripada ini sehingga diperingati dan dirayakan setiap tahun. Dalam Al-Quran dijelaskan dalam surah As Syafaat (37) ayat 100-107.

100. Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.
101. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata; “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab; “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaalah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.
103. tatkala keduanya telah berserah diri dan ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya)
104. Dan Kami panggillah dia; “Hai Ibrahim,
105. Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.




Kami lihat bagaimana Saidina Ibrahim as mendoakan kepada Allah swt; “Ya Allah anugerahkanlah saya zuriat yang solihin”. Sebagaimana yang kita ketahui dalam sejarah Islam, Saidina Ibrahim ketika itu sudah lanjut usianya barulah mendapat seorang anak dengan isterinya Hajar. Allah swt berfirman; “Lalu Kami beri berita gembira kepada nabi Allah Ibrahim iaitu dengan seorang anak yang halim (baik) iaitu Ismail as. Kita dapat bayangkan seorang tua yang mendapat anak, tentulah sangat sayang kepada anak itu. Kita boleh lihatlah siapapun, kerana memang sifat manusia ini yang sudah tua dapat pula anak maka ia cukup sayang. Tiada yang lain yang ia lebih kasih melainkan kepada anaknya. Tapi bagaimana dengan Saidina Ibrahim apabila Allah swt menuntut supaya dikorbankan anaknya yang disayanginya itu? Sedangkan anaknya itu sudah basar, boleh pula menolongnya dan mereka membina kaabah bersama-sama. Berkata Saidina Ibrahim kepada anaknya. “ Aku Nampak dalam mimpiku bahawa Allah swt memerintah aku supaya menyembelih engkau, oleh itu berilah keputusan engkau”. Apa pula yang dijawab oleh Saidina Ismail as, “ Wahai bapaku, lakukanlah, tunaikanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, nescaya engkau dapati aku, Insyaallah dari orang-orang yang sabar”. Jawapan Saidina Ismail as kepada bapanya Saidina Ibrahim as memperlihatkan penyerahan langsung kepada kehendak Allah swt. Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,

“Kami seru, wahai Ibrahim sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi engkau dan sesungguhnya kami membalas akan orang-orang yang muhsin”

Orang-orang muhsin atau ihsan ialah orang-orang yang merasakan bahawa Allah swt seolah-olah tidak ada hijab lagi. Dia Nampak perintah-perintah Allah swt. “Engkau beribadat kepada Allah swt seolah-olah enkau Nampak Dia”. Jadi kita lihat orang-orang muhsin ini merasai perintah Allah swt sangat dekat, walaupun tidak Nampak Allah swt, bukan seperti kita, rasa jauh. Oleh kerana orang-orang muhsin ini Nampak betul perintah Allah swt maka mereka laksanakan perintah Allah swt dengan penuh penyerahan (serah bulat-bulat kepada Allah swt). Penyerahan yang seperti ini bukanlah senang dilakukan oleh manusia biasa, kecuali bagi mereka yang sentiasa berhubung dengan Allah swt sahaja. Hanya insan rabbani sahaja yang boleh menjalankan tugas-tugas seperti ini. Kalau sekiranya bukan insan rabbani, maka tidak boleh. Kalaupun boleh, matlamatnya bukan kerana Allah swt tetapi kerana yang lain, dan ini tidak diterima oleh Allah swt. Korbanlah 10 ekor lembu sekalipun, sekiranya ia tidak ikhlas, tidak islam atau tidak serah sepenuhnya kepada Allah swt, maka lahiriah sahaja korban, tetapi yang sebenarnya bukanlah daging atau darah yang akan sampai kepada Allah swt. Peristiwa pengorbanan Saidina Ibrahim as adalah satu peringkat yang sungguh tinggi. Hanya orang-orang ihsan sahaja yang boleh sampai keperingkat ini. Inilah satu pengorbanan yang sungguh besar, jelas dan sungguh nyata, tak mungkin sebarangan orang boleh melakukan pengorbanan seperti itu. Ini merupakan satu ujian Allah swt yang sungguh besar, lalu Allah swt menjadikan korban Saidina Ibrahim itu satu korban yang sungguh agung. Oleh kerana pengorbanan yang sebegini agunglah maka kita hari ini merayakannya berulang-ulang sepertimana yang telah diajarkan oleh junjungan kita Muhammad saw. Ketika Rasulullah saw berhijrah ke madinah, Rasulullah dapati orang-orang Madinah merayakan dua hari kebesaran mereka. Jadi Rasulullah saw memberitahu mereka bahawa sebenarnya Allah swt telah menggantikan dua hari itu dengan dua hari yang lebih baik iaitu hari-hari raya ‘aidiladha dan ‘aidilfitri.

Kita kembali melihat realiti cerita pengorbanan Saidina Ibrahim as, nescaya kita akan dapati bagi orang-orang yang tidak dekat betul dengan Allah swt, tentulah mereka akan merasakan perintah Allah swt ini sebagai suatu yang dongeng, tapi sebaliknya bagi insani rabbani maka mereka akan merasakan bahawa inilah perintah Allah swt. Begitulah kalau tidak betul-betul rabbani akan wujud rasa ragu-ragu sepanjang masa. Bagi insane rabbani, ia tidak akan rasa ragu atau syak lagi malah ia akan serah terus kepada Allah swt. Inilah yang dijelaskan oleh As Syahid S. Qutb ketika beliau mentafsirkan ayat;

Katanya, “ Mereka berdua ini telah Islam”. Inilah Islam. Penyerahan yang dilakukan oleh Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail as itulah Islam, dari segi perlaksanaan, tidak ada sedikit pun rasa syak, penuh seeqah (yakin) dengan perintah Allah swt tetapi sebaliknya kalau ada sedikit sahaja rasa syak, maka natijahnya akan jadi lain, begitu juga perlaksanaannya akan jadi yang lain juga.

Dalam peristiwa ini sebenarnya Allah swt bukan hendak menyeksa Saidina Ibrahin as dan sejauh manakah keikhlasan dan pengorbanan mereka terhadap Allah swt. Manakala Allah swt yang maha berkuasa dan maha melihat telah memperlihatkan pengorbanan yang sebenarnya dan keikhlasan dari Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail as maka Allah telah gantikan dengan seekor kibas. Bagi Allah swt, dia tidak perlu kepada nyawa Saidina Ismail as. Begitu keikhlasan yang ditunjukkan adalah kemuncak keikhlasan. Allah swt Maha Mengetahui akan keikhlasan Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail as,mereka berdua telah betul-betul Islam (menyerah). Ujian oleh Allah telah Berjaya maka tidak perlu lagi menyembelih Saidina Ismail as begitu jugalah ujian-ujian yang lain yang Allah swt lakukan kepada orang-orang mukmin. Allah swt hanya hendak melihat dari segi keikhlasan seseorang itu. Seperti contohnya kita lihat dalam peperangan Tabuk, bagaimana pada mulanya tentera Islam terasa berat juga berangkat tetapi insane rabbani yang sentiasa beribadah kepada Allah swt, patuh kepada perintah Allah swt, maka mereka turut serta untuk berperang kerana mereka tahu ini adalah perintah dari Allah swt. Mereka juga sedar Allah swt bukan hendak menyeksa orang-orang islam tetapi Allah swt hendak menguji mereka dan memilih yang baik sahaja. Apa yang berlaku ialah tidak jadi peperangan kerana musuh berpatah balik. Kalau musuh sudah berpatah balik, tidak perlulah kita mengejar mereka!. Demikianlah keputusan yang diambil, maka orang-orang Islam pun baliklah. Itu merupakan pertolongan dari Allah swt. Dengan ini Allah swt hanya hendak melihat siapa yang benar dan siapa yang tidak benar. Bagi mereka yang tidak ikhlas dan tidak menyerah, Allah swt siksakan mereka,Allah swt murkakan mereka, pada mereka tidak mahu berjihad ke jalan Allah swt. Sebaliknya bagi mereka-mereka yang benar, Allah swt redhakan walaupun mereka walaupun tidak berlaku peperangan.

Begitulah juga dengan peristiwa yang lain, sebenarnya bukan Allah swt hendak menyeksa orang mukmin, tidak! Tetapi di hendak melihat sejauh mana keikhlasan kita, kejujuran kita, seeqah kita, taat, redha, tomakninah, taslim kita yang sebenarnya dan juga perlaksnaan kita terhadap ajaran Allah swt. Dalam suatu peristiwa yang lain, iaitu dalam satu peperangan Allah swt uji tentera Islam. Mereka dapati sukar untuk memecahkan kubu musuh. Allah swt hendak uji sahaja orang-orang mukmin kerana kurang kepatuhan kepada Allah swt. Sebenarnya Allah swt saying kepada tentera Islam kerana mereka semua patuh kepada perintah Allah swt kecuali sebahagian kecil sahaja yang tidak patuh. Mereka pun bermesyuarat, kenapa kita lambat sangat hendak meruntuhkan kubu ini, padahal kubu yang lain lebih kuar, lebih kebal tapi boleh diruntuhkan mengapa?. Demikian rungut beberapa orang tentera Islam. Tentu ada perkara yang tak selesai dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam. Mereka pun menyoal diri mereka sendiri adakah mereka melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan ajaran Allah swt. Yang wajib semua sudah selesai dilakukan oleh tentera Islam ketika itu. Kemudian didapati salah seorang dari tentera Islam tidak melakukan perkara sunat, iaitu bersugi. Maka mereka semua setuju untuk bersugi gigi. Pada masa itu tidak terdapat berus gigi, lantas mereka pergi kepada pokok-pokok untuk mengambil ranting-ranting pokok untuk berus gigi. Perbuatan mereka ini ditafsirkan oleh musuh-musuh bahawa tentera Islam ini sanggup makan daun-daun kayu untuk memerangi mereka. Tentera yang seperti ini lebih baik jangan di lawan. Lihatlah bila Allah swt hendak memberi kejayaan, mudah sahaja tetapi syaratnya mesti ikhlas. Dengan keikhlasan itu tidak payah lagi pergi berperang. Allah swt hanya mahu keikhlasan kita dalam melakukan itu. Seterusnya bukan korban dua atau tiga ekor lembu tetapi sejauh manakah keikhlasan kita dalam melakukan itu. Seterusnya bukan korban ini sahaja, tapi korban masa, harta, pangkat, ilmu dan lain-lain, semuanya kita sanggup korbankan, tetapi sejauh manakah keikhlasan kita, hubungan kita dengan Allah swt. Inilah yang kita perlu jaga.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail as. Itu sungguh tinggi dan agong, yang mana tidak bercampur matlamat-matlamt yang lain, tetapi hanya keredhaan Allah swt. Misalnya, tidak ada rasa hendak tunjuk keberanian, iaitu Saidina Ismail as berkata, “Saya seorang yang berani. Saya sanggup mati, untuk dicatit dalam sejarah dan saya sanggup dikorbankan”. Tetapi tidak sama sekali! Ismail as sanggup dikorbankan hanya kerana perintah Allah swt semata-mata. Dalam sejarah bukan tidak ada kisah-kisah pengorbanan seperti tentera jepun yang sanggup masuk ke dalam meriam dan sanggup mati. Adakah matlamat Ilahi dan ikhlas kepadanya?

Sejarah Islam adalah sejarah yang berbeza dan unik sekali, sejarah yang berulanh dan dijadikan hari raya, hari kebesaran kerana ia sangat agung kepada umat Islam dan umat manusia seluruhnya tidak ada satu pengorbanan yang lebih ikhlas, lebih jujur dan lebih tinggi dari itu.

Dendan itu dapat kita simpulkan, apa saja yang kita lakukan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang sebenarnya,hendaklah seeqah dengan Allah swt, hendaklah taat kepada Allah swt tamaniknah iaitu tidak ada teragak-agak lagi, penuh yakin, ikhlas, jujur, bertaslim betul-betul, seluruhnya adalah untuk Allah swt, barulah boleh sampai kepada peringkat pengorbanan yang diredhai oleh Allah swt. Bukannya yang sampai kepada Allah swt itu daging, bukan juga darh korban itu tetapi yang sampai itu adalah taqwa kamu, sejauhmanakah ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah swt. Hari ini ramai yang mampu berkorban tetapi yang penting menjaga keikhlasan hati ini, jangan benarkan sedikit pun dimasuki anasir-anasir lain iaitu anasir-anasir yang boleh merosakkan. Kalau ada anasir-anasir yang boleh merosakkan keikhlasan ini sedikit sahaja maka hanguslah segala amalan. Inilah sebenarnya peristiwa pengorbanan yang kita rayakan setiap tahun, ‘aidiladha ini, sempena peristiwa korban Saidina Ibrahim as dan Saidina ismail as.

Marilah kita sama-sama melihat pula dari segi perlaksanaan korban Saidina Ibrahim itu. Bagaimana pada mulanya kita tengok cara dia melaksanakan korban itu. Dia lihat dalam mimpinya itu kemudian dia kemukakan pendapat ini kepada anaknya dan anaknya redha. Anaknya pula bersedia dengan lehernya untuk disembelih di tempat korban itu. Kita lihat pula Saidina Ibrahim as siap dengan pisaunya. Kita Nampak penuh penyerahan tidak pula tergopoh gapah ataupun hendak melakukan dengan seberapa cepat. Suasana yang berlaku penuh ketenangan dan biasa sahaja. Tidak pun berlaku keadaan-keadaan yang seperti hendak tunjuk berani atau keadaan lakukan cepat-cepat supaya tak difikirkan panjang-panjang. Tetapi yang berlaku bukan begitu, ia disertai dengan fikiran yang penuh tenang kepada Allah swt dalam melaksanakan tadhiyyah ini. Tidak berlaku keadaan yang bercampur-campur dengan yang lain. Inilah pengorbanan yang sebenarnya.

Pengorbanan yang seperti inilah yang perlu kita hisab, perlu dikira, dan perlu kita jadikannya sebagai panduan hidup kita dalam dunia ini yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Jadi kita lihat hendak jadikan hari yang bersejarah bukanlah senang. Tetapi dalam masyarakat yang lain senang sahaja, peristiwa biasa pun boleh dijadikan hari perayaan.

Dalam Islam sudah habis semua peristiwa yang berbentuk kerasulan, iaitu peristiwa yang menjadi sejarah yang berbentuk kerasulan tamat dengan Rasul yang terakhir Muhammad saw. Begitu juga dengan tanah Mekah itu dijadikan tempat yang begitu agung bagi kita. Lihatlah sejarah Rasulullah saw yang mana di sanalah Rasulullah saw dibesarkan. Rasulullah saw yang merupakan pilihan Allah swt ditempatkan di Mekah dan dididik di Baitullah Al Haram. Di sana jugalah berlakunya berbagai-bagai sejarah yang agung sejak kelahiran Ar Rasul Muhammad saw hinggalah diangkat menjadi rasul sebagai penyelamat kemanusiaan dan seterusnya sampai Baginda wafat tetapi bagi orang-orang yang tidak beriman tentu mereka tidak merasai keagungan peristiwa-peristiwa itu. Hanya orang-orang yang beriman sahaja dapat marasai bahawa peristiwa ini adalah sejarah yang ada hubungan dengan nabi Allah Ibrahim as. Berbalik kepada peristiwa kurban Saidina Ibrahim as yang mana sejarah ini dihidupkan oleh Rasulullah saw untuk umatnya. Rasulullah saw menghidupkan sejarah kurban ini kerana ada hubungannya dengan Wahyu Allah swt, bukan sesuatu yang boleh dirayakan begitu sahaja. Setiap hari kebesaran dalam Islam mesti ada hubungan dengan sejarah atau peristiwa yang betul-betul agung pada Allah swt dan pada orang-orang Islam. Dengan ini bukan boleh sebarang peristiwa untuk menjadi hari yang bersejarah. Oleh itu kita perlu lihat dan renung betul-betul hakikat kurban yang sebenarnya atau hakikat Hari Raya kurban yang sebenarnya. Barulah apabila kita berhari raya itu ada makna. Kalau tidak kita raya tidak ada hubungan apa pun dengan Allah swt. Kita suka pun tak tentu arah iaitu suka yang tidak ada hubungan dengan Allah swt. Sebenarnya kita bukan tidak boleh suka tetapi ia mestilah ada hubungan taqwa kita dengan Allah swt. Suka kita dalam melaksanakan ajaran Allah swt. Kita merasa gembira, puas, dan seronok dengan takdir Allah swt. Bukannya puas yang dialun dengan hawa nafsu dan godaan syaitan. Kita rasa puas dengan bimbingan Wahyu Allah swt atau bimbingan Iman kepada Allah swt. Barulah ada makna manusia ini dijadikan.

Akhirnya marilah kita sama-sama rasakan perayaan Hari Raya kurban ini iaitu hari raya yang sungguh bersejarah kepada umat Islam. Sebaliknya kalau kita rasa hari raya ini sebagai hari biasa sahaja dan dismbut secara tradisi setiap tahun maka amat rugilah diri kita. Sedangkan Allah swt telah memilih satu hari yang sungguh bersejarah dalam peristiwa Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail as kepada umat Islam seluruhnya. Dengan ini kalau kita dapat faham konsep hari raya ini barulah kita dapat merasai nikmat berhari raya ‘Aidiladha atau ‘Aidilfitri. Untuk menghidupkan jiwa yang faham seperti inilah yang menjadi masalah. Sebab itulah kita sangat-sangat menekankan masalah Tarbiyah pengenalan yang betul, uslub yang telah ditunjukkan oleh junjungan Muhammad saw dan melahirkan natijah-natijah yang betul. Barulah kita dapat menikmati dan merasai betul-betul hidup Islam yang sebenarnya. Kalau kita tidak tahu cara hidup Islam yang sebenarnya. Begitu juga dalam berhari raya kita tidak dapat merasai sebagai satu cara hidup Islam. Ia seperti hari biasa sahaja, lama kelamaan ia akan lenyap, dilupai dan akan hapus kerana tidak ada hubungan dengan dean Islam. Jadilah ia seperti hari-hari tradisi biasa. Kita tentu tidak mahu jadi begitu kerana hari raya ini hari yang sungguh Mubarak, mulia dan berkat.

Wednesday 3 December 2008

Salam

Alhamdulillah.
Selepas begitu lama bercita-cita nak wujudkan blog sendiri, hari ini baru dapat meluangkan sedikit masa membinanya. Sebelum ini, hanya suka membaca blog tertentu sahaja terutama yang berkaitan dengan pembinaan diri dalam menghadapi kehidupan sebagai hamba Allah SWT, dan mengikuti perkembangan politik tanahair dari kaca mata penulis yang profesional seperti A.Kadir Jasin.

Sebenarnya masih lagi berfikir-fikir apakah isi atau kandungan yang hendak di masukan dalam blog ini. Mungkin dua tiga hari lagi baru boleh keputusan. Penumpuan pada ketika ini adalah kepada pembinaan blog. Walau bagaimana pun perancangannya ialah kepada sesuatu yang spesifik dan membantu peningkatan ilmu terutamanya kepada diri penulis sendiri dan kepada pembaca.