Tuesday 27 January 2009

MEMBACA

  • Al-Qur’an dari perkataan ‘Qo-ro-a’, -membaca
  • Rasulullah tidak mewariskan harta tetapi ilmu melalui dua iaitu kitab Allah SWT dan Hadis.
  • Jangan tinggal baca Al-Qur’an, perbaiki dari semasa kesemasa.
  • Dari Usman bin Affan ra, katanya: rasulullah saw bersabda:
    Terjemahan: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”(Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari
    dalam shahihnya)
  • Diriwayatkan daripada Aisyah ra, katanya: Rasulullah saw
    bersabda:
    Terjemahan: “Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-
    Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka.
    (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Sedih ramai orang Islam yang tidak mahu belajar, membaca dan memahami Al-Qur'an. Walau pun kadang kelas2 yang di berikan adalah percuma.
  • Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’aru ra, katanya: rasulullah saw bersabda:
    Terjemahan: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang
    baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang
    tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau
    sedang rasanya pahit.”
    (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Perlu memotivasi diri sendiri untuk belajar Al-Quran. Banyak halangan perlu di atasi, dan halangan pertama ialah diri sendiri.
  • Ustaz saya pesan perbaiki bacaan dan baca dengan cantik (tajweed) sebab Allah sukakan yang cantik. Bacaan yang cantik, memikat dan sedap didengar-mendatangkan kesan mendalam dalam hati pembaca, walau pun mungkin tak faham!
  • Pesan beliau lagi, yang utama ialah terus mengamalikan arahan. Baca untuk menerima arahan.
  • Selain itu perlu selalu baca bahan-bahan yang baik, buku terutamanya. Kejar ilmu, jarak kita dengan ilmu terlalu jauh..sangat jauh.Hubungan dengan buku pun jauh. Baca hanya bila ada kepentingan eg exam. Perlu pembacaan yang luas dalam menambah ilmu, tekadkan keikhlasan membaca untuk mendekati Allah SWT..mengenal Allah SWT.
  • AL-Jahidz:”Buku adalah sebaik-baik teman dalam kesendirian”
  • Sayyid Quthb(SQ): “Yang menulis buku ini(Fii Dzilalil Qur an-FZQ) adalah orang yang telah hidup selama 40 tahun. Selama kurun waktu itu, yang ia kerjakan hanya membaca dan membaca. Ia mendalami semua jenis pengetahuan manusia, satu-satu. Kemudian ia kembali membaca kitab suci agamanya, referensi aqidahnya. Ternyata, ia menemukan bahawa apa yang pernah di bacanya selama 40 tahun itu, sungguh kecil. Ya sangat kecil.”
  • Ketika menulis buku FZQ, SQ perlu membaca 10 jam sehari, padahal waktu itu beliau berada dalam di rumah sakit penjara.
  • Sudah sampai masa nya kita bukan sahaja mengagumi FZQ, tetapi juga mengambil contoh di atas perilaku penulisnya SQ…khususnya dalam hal membaca.

Petikan dan Rujukan:

  1. Iman Nawawi-Keutamaan Membaca dan Mengkaji Al-Quran (At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran)
  2. Majalah Inthilaq, 15 April 1994.
  3. Ust. Abdul Basyir -guru Al- Qur'an saya.

No comments: